Daftar sebagai ahli Sekarang
Berikut merupakan kelebihan mendaftar sebagai ahli termasuk terma dan syarat.
Keahlian
- Ahli Biasa : Warganegara Malaysia berumur 18 Tahun ke atas, tinggal di Taman Mutiara Rini dan beragama Islam
- Ahli Bersekutu: Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
- Ahli Kehormat: Mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada Yayasan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.
- Ahli seumur hidup: Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
- Ahli Remaja: Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga, merja tidak boleh mengundi atau memegang Jawatan dalam Yayasan.
Maklumat Yuran
1. Bayaran Yuran pendaftaran (sekali bayar sahaja) : RM20.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Sahaja)
2. Yuran Ahli Tahunan (RM5.00 x 12 bulan) : RM60.00 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh Sahaja)
- Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari YMAJ terlebih dahulu tidak lewat daripada 31hb Januari tiap-tiap tahun
- Yuran Ahli Seumur Hidup (perlu dijelaskan sekaligus semasa permohonan ahli)
- Mana-mana Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) tahun akanmenerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
- Mana-mana Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi empat (4) tahun dengan sendirinya TERHENTI daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan/makluman berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
Faedah dari matlamat Yayasan
- Membantu pembangunan dan baik pulih masjid dan surau – surau
- Membantu kos Belanja Mengurus masjid dan surau – surau.
- Membantu menjayakan program/aktiviti masjid dan surau surau.
- Memberi bantuan atau sumbangan kepada penduduk yang memerlukan seperti:
- Pinjaman / Biasiswa Pendidikan
- Bantuan Awal Persekolahan
- Bantuan Tuisyen
- Bantuan Sara Hidup
- Bantuan Rawatan Penyaikit
- Bantuan Musibah
- Bantuan Kematian
- Bantuan Anak Yatim
- Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)
- Bantuan Kepada Umat Islam yang Dizalimi
- Sumbangan Hari Raya
- Sumbangan Bakal Haji
- Lain lain bantuan